WAKAF : Masjid Fatimah Az-Zahra Bandar Wakaf Malaysia – Gaza
Jumlah Terkumpul
RM 2,500
Sasaran RM 3,500,000
Bismillahirrahmanirrahim.
Salam sejahtera dan salam sejahtera kepada semua yang hadir pada hari ini. Saya dengan rendah hati ingin membawa kepada perhatian kita semua tentang satu peluang yang sangat menarik dan memberangsangkan dalam membangunkan sebuah masjid yang indah di dalam “Bandar Wakaf Malaysia Gaza”, yang terletak di Khan Younis, Gaza, Palestin. Projek yang memerlukan anggaran sebanyak RM3.5 juta, telah menerima sokongan daripada Ribath Fatimah Azzahra, sebuah NGO yang diketuai oleh seniman terkenal, Erma Fatima.
ISU PENJARAHAN TANAH OLEH ISRAEL
- Isu penjarahan tanah dan penempatan di negara Palestin bukanlah sesuatu yang baharu. Palestin dijajah dan dijarah oleh pihak Israel sejak pertengahan abad ke-20.
- Tahun 1948 menjadi titik hitam kepada rakyat Palestin apabila lebih 700,000 penduduk Palestin diusir keluar dari rumah mereka, menjadikan negara Palestin terbahagi kepada dua kawasan kecil. Peristiwa Nakba ini menjadi peringatan kepada rakyat Palestin dan dunia akan kekejaman rejim Israel.
- Tahun 2020 dilaporkan lebih 700 rakyat Palestin hilang tempat tinggal. Mereka yang dikategorikan sebagai gelandangan ini hilang tempat berteduh kerana kekejaman tentera Israel yang sering menjarah rumah-rumah dan kawasan penempatan bagi membuka kawasan perumahan baharu untuk penduduk Israel.
- Sehingga 30 Oktober 2023, peperangan yang masih berlangsung sehingga kini menyebabkan lebih 185,000 buah bangunan tempat tinggal musnah dan mengakibatkan lebih 1,400,000 orang rakyat Palestin kehilangan tempat tinggal.
- Pihak MAPIM Malaysia melihat perlunya kepada penyelesaian yang lebih praktikal kepada misi membantu ummah yang sedang menderita.
- Dengan populasi penduduk Palestin yang semakin meningkat, MAPIM Malaysia berhasrat untuk memberi bantuan dalam isu penempatan ini. Penduduk Gaza mencakupi sejumlah 7% daripada keseluruhan populasi rakyat Palestin yang kini berada pada takuk 5,363,984 orang. Populasi ini dijangka akan bertambah kepada 6.3 juta penduduk menjelang tahun 2030.
- Mengikut Jabatan Geografi dan GIS, Universiti Islam Gaza, sebanyak 60% daripada populasi rakyat di Gaza menghadapi kesusahan dari segi ketersediaan kediaman, ditambah dengan rentetan peristiwa serangan dari tentera Israel yang menyebabkan kemusnahan keseluruhan dan sebahagian struktur kediaman sedia ada.
- Kemiskinan berada pada tahap 53% dan lebih 70% remaja dan wanita menghadapi kemelut pengangguran. Lebih 80% daripada populasi masih bergantung kepada bantuan- bantuan dari pihak luar (UN OCHA).
- Ramai penduduk Gaza tidak dapat membina atau memperbaiki rumah mereka atas faktor ekonomi dan pengangguran yang kian terancam. Kementerian Kerja Raya dan Pembangunan di Gaza menyatakan keperluan untuk membina lebih 120,000 unit perumahan untuk menangani isu ini, dan tambahan 14,000 unit setiap tahun bagi menampung pertambahan populasi saban tahun.
PERANG TAUFAN AL-AQSA OKTOBER 2023 DAN KESANNYA
- Pada 7 Oktober 2023, kumpulan Pejuang Palestin yang dipimpin oleh Hamas melancarkan serangan besar-besaran terhadap Israel. Perang bermula dengan serangan pejuang Hamas ke atas Israel dari Semenanjung Gaza yang dikenali sebagai Operasi Taufan Al-Aqsa. Sebelum serangan itu, peperangan antara rakyat Palestin dan rejim Israel di Masjid Al-Aqsa, Gaza dan Jenin telah membunuh seramai 247 orang rakyat Palestin dan 36 orang Israel.,
- Serangan itu dimulakan pada awal pagi dengan hujan roket sekurang-kurangnya 3,000 misil ke atas penempatan haram Israel dan gerakan reklamasi ke atas wilayah haram Israel. Pejuang Palestin menembusi sempadan Gaza-Israel dan menyerang instalasi ketenteraan Israel yang berdekatan.
- Angkatan ketenteraan rejim Israel melancarkan serangan balas ke atas Semenanjung Gaza. Menteri Pertahanan Israel Yoav Galant terpaksa mengerahkan pasukan simpanan kerana serangan dari pejuang Palestin terlalu besar. Pemimpin Hamas, Saleh al-Arouri menyatakan bahawa Mujahidin memulakan operasi untuk mempertahankan Masjid Al-Aqsa dan membebaskan tahanan. Briged Al-Qassam menerbitkan gambar tentera Israel yang ditawan. Trafik navigasi udara terganggu di lapangan terbang di tengah dan selatan Israel.
- Sehingga 28 Disember 2023, sekitar 21,433 orang rakyat Palestin telah syahid (rujuk Carta 1 dibawah), lebih 58,699 yang lainnya cedera dan dianggarkan 7600 orang hilang. Peperangan yang masih berlangsung sehingga kini menyebabkan lebih 1,900,000 orang rakyat Palestin kehilangan tempat tinggal.
- Perang kali ini memperlihatkan kemusnahan tempat tinggal penduduk Gaza secara total dengan purata kemusnahan sekitar 45% iaitu sebanyak lebih 200,000 bangunan kediaman musnah akibat dibedil oleh pihak rejim Israel.
KEPENTINGAN PEMBANGUNAN SEMULA KOMUNITI DI GAZA
- MAPIM Malaysia meletakkan kediaman sebagai antara keperluan asas bagi sesebuah unit masyarakat agar ahli dalamnya dapat berfungsi dengan baik demi kemaslahatan dan kemenjadian sesebuah negara.
- Memenuhi keperluan asas ini adalah menjadi sebahagian daripada perjuangan menuntut hak asasi kemanusiaan bagi rakyat Palestin yang saban hari ditekan oleh pihak rejim Israel, yang memperlihatkan pertambahan penduduk tanpa kediaman yang semakin meningkat, impak kepada insiden peperangan dan aktiviti penjarahan tanah.
- Dengan membantu rakyat Palestin menyediakan keperluan asas mereka, sedikit sebanyak akan meringankan beban yang ditanggung oleh ahli keluarga serta masyarakat setempat. Ini akan memberi impak positif kepada tahap moral rakyat Palestin.
PEMBINAAN SEBUAH MASJID WAKAF BERKEMBAR
- Pembinaan sebuah masjid yang dapat menampung kira-kira 3,000 jemaah sekaligus di dalam Bandar Wakaf Malaysia GAza ini akan menjadi salah satu hasil kerjasama dengan sebuah masjid tempatan terpilih di Malaysia. Tujuan utama pembinaan masjid ini adalah untuk membentuk satu komuniti yang berkembang dengan aktiviti keagamaan sebagai asas kehidupan yang berdaya tahan.
- Masjid akan direkabentuk dengan gaya seni bina moden yang menggabungkan elemen tradisional dan kontemporari. Ia akan mempunyai bahagian terbuka yang luas untuk menggalakkan interaksi sosial dan memberikan keselesaan kepada jemaah semasa pengajian dan ibadah. Bangunan masjid akan dibina dengan menggunakan bahan binaan yang mampan dan berkualiti tinggi bagi memastikan kelangsungan projek ini dalam jangka masa panjang.
- Ruang solat utama yang luas akan menampung sekitar 2,000 jemaah sekaligus untuk melaksanakan solat berjamaah. Keperluan asas seperti tandas, ruang wuduk, dan ruang solat perempuan akan dibina mengikut spesifikasi yang tinggi agar memenuhi kehendak jemaah. Pusat pendidikan agama yang lahir dari ruang gunasama di masjid ini akan menyediakan program pengajian dan pendidikan Islam, aktiviti keagamaan berskala besar yang membantu mempelbagaikan perkhidmatan yang disediakan oleh masjid.
- Kehadiran masjid ini juga akan mendorong jemaah untuk melaksanakan aktiviti sosial seperti gotong-royong, program penyayang dan dakwah, dan kerjasama dalam memperbaiki kehidupan masyarakat setempat.
- Pembinaan masjid ini akan memberikan peluang pekerjaan kepada masyarakat setempat. Proses pembinaan dan pengurusan harian akan mewujudkan lapangan pekerjaan seperti juruteknik, penjaga keselamatan, perkhidmatan kebersihan dan banyak lagi. – Ia juga akan memberikan peluang kepada peniaga tempatan dengan adanya pelbagai kedai yang berkaitan dengan keperluan masjid seperti kedai-buku Islam, kedai pakaian dan peralatan solat, dan makanan dan minuman halal.
- Masjid ini akan memberikan harapan kepada masyarakat dan menjadi sumber inspirasi untuk meningkatkan kehidupan dan iman mereka. Masa depan yang lebih baik dilihat melalui amalan keagamaan, perkembangan ilmu, dan kegigihan dalam meningkatkan kesejahteraan masyarakat. Dan masjid ini menjadi titik pertemuan kesemua manfaat-manfaat yang disenaraikan di atas.
Ribath Fatimah Azzahra
- Melalui sokongan yang kukuh dari Ribath Fatimah Azzahra dan pengarahan dari Erma Fatima yang dihormati, kita dapat membina sebuah masjid yang terbuka kepada semua komuniti dan jemaah Malaysia di Gaza. Masjid ini akan dirancang dengan keindahan seni bina yang memukau, mencerminkan warisan seni dan budaya Malaysia. Selain itu, ini juga akan menjadi pusat pembangunan ekonomi masyarakat setempat melalui pelibatan mereka dalam proses pembinaan dan pengurusan masjid.
- Inilah peluang yang jarang terjadi bagi kita untuk ikut serta dalam usaha membangunkan sebuah masjid yang indah di Bandar Wakaf Malaysia Gaza, Palestin. Melalui sokongan anda melalui dana waqaf dan pendanaan, kita dapat mewujudkan impian ini dan memberikan sebuah masjid yang menjadi sumber ketenangan dan harapan kepada masyarakat Gaza. Mari kita bersama-sama meluangkan masa dan sumber kami untuk menghulurkan bantuan ini kepada saudara-saudara kita di Palestin, sebagai tindakan nyata dalam mendukung perjuangan mereka untuk kebebasan dan kesejahteraan.
KOMITMEN MAPIM MALAYSIA
- MAPIM Malaysia mempunyai pengalaman yang luas dalam projek-projek pembinaan struktur kekal di pelbagai lokasi dalam dan luar negara.
- Sehingga kini, MAPIM Malaysia berpengalaman bekerjasama dengan pelbagai pihak kerajaan, agensi dan ngo tempatan dengan berjaya membangun dan menyiapkan 81 buah struktur bangunan kekal termasuk:
- 40 buah masjid di Palestin, Syria, Indonesia, Bangladesh;
- 41 buah sekolah di Syria, Arakan, Indonesia, Bangladesh, Lebanon;
- 3 buah bandar penempatan untuk pelarian dan mangsa bencana di Indonesia dan juga Syria
- 21 buah ambulan di Gaza, Syria serta Malaysia dan Lebanon
- 1000 buah khemah pelarian sementara di Syria
- 3 buah gudang bantuan di Malaysia & Syria
- Projek-projek pembangunan yang telah berjaya disempurnakan oleh pihak MAPIM Malaysia secara kumulatifnya dianggarkan bernilai lebih RM 120,000,000.00 bagi kesemua 81 projek sejak 2011 sehingga kini.
PENGALAMAN MAPIM DI GAZA
- MAPIM setakat ini telah berjaya menjalankan pelbagai inisiatif kemanusiaan di Gaza. Antara lainnya adalah:
- 10 buah ambulan di Gaza (2020)
- Malaysia Hall in Gaza (2019)
- Poor House Rehabilitation (2018)
- Bantuan Water Tank (2018)
- Food Basket Sponsorship (2014)
- Konvoi Kontena Ramadhan (2019)
- Rebuild My Gazzan Home (2013 – 2021)
- Light for Life (2014)
- Emergency Response War (2014)
- Projek Pengupayaan Belia (2014)
- Projek Penajaan Anak Yatim (Salimah)
- Economy Empowerment Projects
- Ramadhan Iftar RADIG (2011 – 2012)
- MAPIM juga berpengalaman dalam menyediakan dan membangunkan pelbagai infrastruktur seperti Masjid dan Musollah di serata Gaza. Antara binaan masjid di Gaza yang hasilnya daripada usaha gigih MAPIM adalah seperti berikut:
- Masjid Umar Abdul Aziz
- Masjid Nour Ar-Rozmey
- Masjid An-Nasr
- Masjid Imad Aqil
- Masjid Al-Hekma
- Masjid Bilal bin Rabah
- Musolla As-Syahid Sheikh Solah Syahadah
- Masjid At-Taqwa
- Masjid Al-Qaqa
- Masjid Amar bin Yaser
- Menyebut tentang pengalaman MAPIM di Gaza pula, MAPIM telah pun masuk ke Gaza sejak tahun 2012 untuk menyalurkan sendiri pelbagai bantuan dan menggerakkan pelbagai inisiatif bantu ummah. Berikut adalah senarai misi-misi MAPIM di Gaza:
- Sani Araby Misi 2012
- Gaza Mission 2018
- Gaza Mission 2019
- Gaza Mission 2023
- MAPIM dalam gerak kerjanya merancang dan mengkoordinasi projek-projek kemanusiaan telahpun menandatangani perjanjian persefahaman dengan pelbagai kementerian Palestin di Gaza. Projek-projek yang mendapat kelulusan kerjasama dengan kerajaan tempatan Gaza adalah seperti:
- Projek Pembinaan Wakaf Apartment
- Projek Pembinaan Menara Malaysia (ICT Tower)
- Projek Biasiswa Palestin
Berikut adalah garis masa pelan implementasi selama 36 bulan:
Aktiviti | Pelan Implementasi (bulan) | |||||||||||||
1 | 2 | 3 | 4 | 5 | 6 | … | 32 | 33 | 34 | 35 | 36 | |||
Notis Persetujuan | X | |||||||||||||
Urusan peguam & polisi | X | |||||||||||||
Penawaran Tender Terbuka | X | X | ||||||||||||
Tamat Tempoh Penawaran | X | |||||||||||||
Proses Pemilihan Vendor | X | |||||||||||||
Pelantikan Vendor | X | |||||||||||||
Majlis pelancaran | X | |||||||||||||
‘Kickoff’ projek di Gaza | X | X | X | X | X | X | X | X | X | |||||
Laporan projek berkala | X | X | X | X | ||||||||||
Verifikasi kualiti & sijil sedia duduk | X | |||||||||||||
Majlis serah kunci | X |
100% daripada kutipan dana akan disalurkan kepada pembinaan masjid, dan Majlis Perundingan Pertubuhan Malaysia (MAPIM) adalah peneraju projek Bandar Wakaf Malaysia – Gaza.
MITIGASI RISIKO PROJEK
Projek-projek pembangunan semula Gaza ini tidak terlepas dari risiko-risiko yang seringkali dikaitkan dengan kawasan-kawasan berisiko tinggi yang menerima impak daripada konflik peperangan. MAPIM Malaysia sedar akan risiko-risiko ini dan perlu memberi pemahaman kepada semua pemegangtaruh-pemegangtaruh projek akan situasi dan kebarangkalian-kebarangkalian yang mungkin berlaku, terkait dengan perkembangan setiap projek, termasuk:
PENINGKATAN HARGA BARANG MENTAH
- Terdapat risiko berlakunya peningkatan harga bahan mentah yang diperlukan dalam pembinaan struktur dan bahan binaan. Naik turun harga bahan mentah adalah bergantung kepada beberapa faktor termasuk harga pasaran antarabangsa, kadar penawaran dan permintaan tempatan, dan situasi peperangan.
- Bagi mengurangkan risiko kenaikan harga yang terlalu tinggi, pihak MAPIM Malaysia mengambil pendekatan penawaran ‘Open Tender’ untuk projek-projek yang akan dijalankan, serta melibatkan kaedah ‘price locking’ bagi memastikan kos projek adalah terkawal dan mendapatkan harga yang terbaik untuk menguruskan projek ini.
RISIKO KESELAMATAN/PEPERANGAN
- Gaza juga tidak terlepas dari impak peperangan yang berlaku diantara pejuang Palestin dan pihak rejim Israel. Insiden peperangan ini akan mempengaruhi kelangsungan dan kemajuan projek yang akhirnya akan memberi impak kepada garis masa penyelesaian projek.
- Bagi menangani isu ini, pihak MAPIM Malaysia akan mengguna pakai khidmat nasihat kerajaan tempatan Gaza dalam memilih kawasan tapak pembinaan yang mempunyai risiko keselamatan dan peperangan yang paling rendah.
- MAPIM Malaysia akan sedaya mungkin memastikan kelangsungan projek-projek yang digariskan agar manfaatnya dapat dinikmati oleh ramai rakyat Palestin, akan tetapi pihak MAPIM Malaysia ambil maklum tiada projek yang dapat dipastikan 100% keselamatan dan kelangsungan terutamanya di kawasan yang bergolak.
- Kendatipun begitu, MAPIM Malaysia percaya bahawa segala usaha kearah membantu golongan yang teraniaya akan mendapat rahmah dan inayah dariNya.
PENYELIAAN & PENILAIAN PROJEK
- Semasa perjalanan projek, pemantauan dan penilaian kemajuan projek dari semasa ke semasa akan dilakukan oleh pihak Taskforce MAPIM Malaysia.
- Pihak Taskforce MAPIM Malaysia akan menyediakan pelan penyeliaan dan penilaian berterusan yang efektif dan jelas bagi pengurusan projek dan kewangan. Pelaporan berkala akan disemak oleh pihak MAPIM Malaysia sebagai ‘due diligence’ pengelolaan projek.
- Pelaporan berkala yang jelas mengandungi indikator kemajuan projek akan diserahkan melalui aplikasi pemantauan projek yang akan ditetapkan oleh pihak MAPIM Malaysia.
- Pihak MAPIM Malaysia akan mengadakan mesyuarat berkala bagi menyampaikan kemajuan terkini kepada semua pemegang taruh yang terlibat dalam projek ini.
Akan di kemas kini dari semasa ke semasa
Bantu sebarkan kempen ini :
Kami amat-amat menghargai Tuan Puan untuk kongsikan kempen derma ini ke media sosial di bawah. Ianya amat membantu pendedahan kempen yang kami anjurkan kepada masyarakat di luar sana. Klik pada mana-mana butang di bawah: